top of page
58704227_1086156398245099_1845541683245088768_n.jpg

"ALONE, We Can Do So LITTLE, TOGETHER, We Can Do So MUCH"
- HELEN KELLER

PPDK PETRA JAYA

APAKAH ITU PPDK?

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Program ini mengutamakan pemulihan kanak-kanak istimewa seperti Down Sindrom, Celebral Palsy, masalah pembelajaran, masalah akal dan sebagainya. 

​

Disamping itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) menyatakan bahawa program ini merupakan salah satu strategi dalam membangunkan pembangunan komuniti khususnya rehabilitasi, pemulihan mahupun penyamaan peluang kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini juga dilaksanakan secara besar-besaran dimana setiap negeri mahupun daerah harus mempunyai PDK masing-masing mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Disamping itu, program ini juga mendapat sokongan daripada Perkhidmatan Kesihatan, pendidikan, vokasional serta penglibatan pelbagai pihak terutamanya masyarakat dan komuniti tempatan.

​

PPDK mempunyai 7 jenis pemulihan / latihan kepada OKU seperti:

  • Masalah Pembelajaran

  • Pendengaran

  • Penglihatan

  • Pertuturan

  • Fizikal

  • Mental

  • Pelbagai

SEJARAH PPDK PETRA JAYA

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Petra Jaya ini telah ditubuhkan pada 1 September 2003 dan kini beroperasi di Taman Haji Leman dan merupakan satu program khas untuk golongan kurang upaya.

​

Pada 1 September 2021, PPDK ini telah mejangkau 18 tahun penubuhan. PPDK ini dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat dan disokong oleh perkhidmatan kesihatan kemahiran dlam aktiviti kehidupan. Pada 16 Mac 2018, PPDK ini telah berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan menjadi pertubuhan NGO. 

VISI

Memperkasakan individu kelainan upaya (berkeperluan khas) dan menampilkan mereka sebagai ahli masyarakat yang berkemampuan dalam pelbagai bidang.

MATLAMAT

Matlamat utama penubuhan PPDK selain daripada menjalankan aktiviti pemulihan dan latihan adalah:

  • Memberi intervensi awal (khidmat pemulihan awal dan latihan awal).

  • Memberi pemulihan, latihan dan pendidikan kepada golongan OKU.

  • Meningkatkan keupayaan golongan OKU untuk berdikari.

  • Meningkatkan kemahiran motor dalam menjalankan aktiviti vokasional.

  • Sebagai pusat rujukan dan maklumat serta memberikan kesedaran dalam kalangan komuniti bahawa golongan OKU perlukan bantuan. 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kualiti hidup golongan OKU ke tahap maksimum.

  • Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan OKU, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan.

  • Membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukerelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan OKU.

  • Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat.

  • Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk golongan OKU di peringkat komuniti.

  • Menyediakan peluang untuk golongan OKU membangun dan menggunakan kemahiran yang ada pada diri OKU.

  • Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan yang mesra OKU.

bottom of page