
ALUAN PENGERUSI PPDK PETRA JAYA

Siti Aminah Binti Bujang
Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti hari ini memainkan peranan yang semakin penting dalam masa depan Golongan Kelainan Upaya (OKU) dan negara. Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Petra Jaya (PPDK Petra Jaya) merupakan One Stop Centre yang menyediakan platform sebagai Pusat Intervensi Awal, Pusat Sumber Maklumat, Pusat Rujukan, Pusat Pendaftaran dan Pusat Advokasi OKU.
Dengan penubuhan PPDK Petra Jaya pada 1 September 2003 maka ianya dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan untuk meningkatkan kualiti hidup ke tahap maksimum. Ianya bertujuan untuk memulihkan pelatih supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa.
Selain itu, Integrasi sosial bagi golongan pelatih dengan masyarakat luar dapat mengurangkan sekatan fizikal, sosial, bebudayaan dan psikologi yang wujud antara ahli masyarakat. Dengan adanya latihan yang disediakan di PPDK Petra Jaya dapat menyediakan peluang bagi pelatih untuk membangunkan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada.
Pertubuhan ini juga telah membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk para pelatih. Ini bertujuan bagi mengelakkan pelatih disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat. Petugas PPDK Petra Jaya juga diberi latihan dari semasa ke semasa agar mereka boleh mengendalikan pelatih dangan cekap dan amanah.
Diharap PPDK Petra Jaya akan terus cemerlang di dalam memberi perkhidmatan kepada pelatih yang telah berdaftar. Masyarakat setempat dialu-alukan untuk hadir ke PPDK Petra Jaya dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.
Sekian terima kasih.
Muafakat Membawa Berkat

