top of page

Soalan Lazim
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memimpin Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Di Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlibat secara langsung dalam perlaksanaan program ini dengan menyusun atur program dan kaedah perlaksanaan agar selari dengan keperluan golongan orang kurang upaya (OKU) di negara kita.
Terdapat tujuh objektif PPDK ini ditubuhkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Objektif tersebut dinyatakan seperti yang berikut:
• Meningkatkan kualiti hidup golongan OKU ke tahap maksimum.
• Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan OKU, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan.
• Membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan OKU.
• Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat.
• Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk golongan OKU di peringkat komuniti.
• Menyediakan peluang untuk golongan OKU membangun dan menggunakan kemahiran yang ada pada diri OKU.
• Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan yang mesra OKU.
bottom of page
